Thursday, December 27, 2012

KEMBARA VISUAL at GEMPAK STARZ



Tarikh: 27hb. DISEMBER 2012
Masa: 10 pagi - 11.30 pagi

Seramai 40 pelajar KOLEJ BURHANNUDDIN HELMI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA telah datang melawat ke GEMPAK STARZ™! Kedatangan diorang bukan jer dapat memahami cara operasi GEMPAK STARZ™ malahan merapatkan lagi hubungan serta mengenali lebih ramai STAF dan KARTUNIS GEMPAK STARZ™. Cam biasa abg KAY memberikan penerangan berkenaan GEMPAK STARZ™ & kendian diorang diberi bimbingan untuk melawat sekeliling 'kawasan' grafik mereka. Tentulah tak kurang merembat peluang bergambar dengan kartunis & membeli sedikit novel grafik serta barangan keluaran GEMPAK STARZ™. Trimas diucapkan kepada urusetia dan peserta & kalau berpeluang kita berjumpa lagi!

***

tahniah juga kepada ahli MPP ASPIRASI kerana turut serta dalam program kembara visual ini...:)



***

sempat bergambar dengan kaoru dan mintak autograf dia..:D


***

KETUA PENGARAH-Hidir sedang berinteraksi dengan peserta..


***

awesome kan...rugi tak pergi..:)


***

zint weyh...feveret kot..hahah...terbaik..:D



***

NICE..:)


***

cool...;)


***

apalah dak2 niyh skodeng..:)


***

Teruja beb!!!


***

thanks keith..:)


***

penyampaian cenderamata


***

pengakhiran lawatan kami...u all the best..:)



Friday, November 30, 2012

Jutawan Senyap???

Sungguh teruja bila membaca dan mendapat inspirasi melalui pembacaan. Contohnya buku ini, aku suka sangat-sangat . Tengok tajuknya pun sudah teruja. Inilah dia yang di maksud-maksudkan:




Memang best buku ini, betul-betul mengujakan dan memotivasikan diri. Sekali baca ingin membacanya berkali-kali (saya sudah membacanya hampir 3 kali) sehinggakan saya membeli satu lagi koleksi buku daripada Dr. Rusly. Yang itu nanti lain kali saya bercerita. Antara part yang mengujakan dan menarik yang cukup ku gemari adalah pantun-pantunnya di awal tajuk. Inilah Contoh pantun-pantunnya (maaf Dr. Rusly, letak sini tanpa kebenaran, namun niat untuk berkongsi).

***



Diam Menangis si Ibu Penyu
Diam bertelur menyambung zuriat
ReZeki Tuhan bagi yang mampu
Senyap berbudi mampu berzakat

***




Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan jasa
Jika hendak dikenang orang
Banyak berfikir banyak berusaha

***




Hanya Jauhari mengenal manikam
Dapat membeza kilauan cahaya
Seperti api kuat mencengkam
Semangat orang yang ingin berjaya

***

Aku tertarik dengan buku penulisan Chef Li yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap. Buku yang ditulis melalui pengalaman dan kisah-kisah mereka yang berjaya dalam perniagaan walaupun dengan hanya menjual kuih cakoi.

Dalam kehidupan, kita perlu mempunyai matlamat. Sejak dari dulu lagi aku sudah meletakkan matlamat aku untuk membuka perniagaan sendiri pada usia 23 tahun.

Dan buku Menjejaki Jutawan Senyap itu telah memberikan aku semangat dan inspirasi untuk merealisasikan matlamat aku itu. Di dalam kepala aku, sudah terbayang-bayang perniagaan apakah yang ingin aku lakukan.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa perlu tunggu umur 23? Kenapa tidak sekarang?

Pandangan peribadi, buku ini memang best. Cerita-cerita peribadi dan pengalaman orang lain dan jutawan senyap yang antaranya ibu tunggal, peniaga pasar malam, pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia bergolok bergadai dan tiada wang sesen, dan sebagainya.

InsyaAllah, mudah-mudahan apa yang aku harapkan ini, apa yang aku rancangkan ini, diizinkanNya..





Saturday, November 17, 2012

Cakna.ambil peduli tentang Palestine

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ! ^^





peluru kezaliman...







“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ”

( Surah Al-Maidah : 82)



***


Sememangnya,Isu Palestine bukanlah 'bermusim' !
tanya pada diri..

"Apa usaha kita untuk bantu saudara seakidah kita di sana???"

"kita semua dah berdoa untuk mereka???"jika 'ia',Alhamdulillah..

jangan terlalu pentingkan diri dan hidup dalam ketidak"peduli"an..
jangan masih berselimut dengan kesombongan!
jangan!jangan!

tolonglah ubah.

cakna.ambil peduli.
tapi...sejauh mana?

sejauh mana kita dapat bergerak dan membantu?
setidaknya janganlah kita lupa untuk memberikan 'tembakan doa' buat mereka di sana...
meskipun jauh dari pemandangan kita,namun dengan adanya 'tembakan doa' dari kita,InsyaAllah..Allah mendengar doa kita.
usah risau!teruslah berdoa..teruskanlah berdoa..meski doa itu bisu dalam bicara,biar ia hanya bicara dalam qalbu..Allah tahu..Allah Maha Mendengar.
jadi,usah risau doamu yang bisu dalam bicara tidak didengar.




reliti dunia sekarang





#Realiti umat yang menyedihkan#

Ramai yang menyangka bahawa isu Palestin hanya untuk mereka yang beragama ISLAM, namun hakikatnya mereka terlupa bahawa isu ini juga membawa isu KEMANUSIAAN.

Bagi yang beragama Islam, sudah cukupkah kita keluarkan segala kemampuan kita untuk menolong mereka ? Cukupkah hanya dengan sekadar berkata; "kasihan mereka" sambil menopang dagu sehaja ?

Bagi yang bukan Islam, dimanakah kita meletakkan rasa keperimanusiaan kita ? Adakah mereka bukan makhluk yang bernyawa di mata kita ?


***


" Gaza diserang lagi semalam 14 Nov 2012 !. "


*berapa ramai yang cakna?*
dengan adanya medium perantaraan antara makhluk bumi yang agak efektif yakni facebook,maka tersebarlah dengan mudah berita ini.
Alhamdulillah ramai yang cakna,maka ramailah yang berdoa..

Allah..Allah..Allah..
semakin bertambah penghuni syurga Ilahi.

Allahurabbi...
Awal muharram telah dimulakan dengan serangan Israel ke atas Palestine..

Ya Allah, LINDUNGI MEREKA di sana..
Israel cuma ada senjata..tapi kita ADA ALLAH, teruskan BERDOA untuk saudara kita di Gaza..Allah mahu doa dari kita, jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di Palestine..

Berdoalah walau di dalam hati TANPA SIAPA KETAHUI sesungguhnya Allah Maha Mendengar.


***


Saat ini Israel sedang mengebom menggunakan pesawat F-16 ke atas Gaza iaitu antara penempatan paling padat di dunia!
Israel Laknatullah!

Bacakan qunut nazilah..

Ingatlah Senjata Orang Mukmin Itu Adalah Doa Yang Sememangnya Lebih Tajam Daripada Mata Pedang.

-JANJI ALLAH PASTI BERLAKU-

***

[Hari ini Palestin menangis lagi]

Hari ini Palestin menangis lagi,
Setelah berabad lamanya menyeka air mata duka,
Menyapu air mata kecewa, air mata sengsara,
Hari ini Palestin merintih lagi,
Setelah berkurun lamanya menyaksikan bukan sepuluh,
Bukan seribu bahkan berpuluh-puluh juta anak bangsanya,
Terkongkong di sebalik penjara besi,
Teraniaya di tangan yahudi bangsat.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rejim laknatullah mula menggila,
Katanya, “ini tanah yang dijanjikan kepada kami”,
“Ini adalah kampong halaman kami”,
“Disinilah asal nenek moyang kami”,
Ahh, suara sumbang mereka mula melontarkan alasan jelek,
Hatta dengan beraninya menapakkan kaki mereka,
Memijak bumi suci Isra’ Mikraj.

Suatu masa Palestin pernah menangis,
Tatkala rakyatnya disembelih beramai-ramai,
Tatkala segerombolan kereta kebal membedil seluruh isi Gaza,
Tatkala Bandar suci Gaza dihujani peluru tak bermata,
Kurang dari setengah jam 150 penduduk Gaza di bunuh,
Tanpa mengira usia waima bayi kecil,
Akhirnya mereka menjadi pelarian di bumi sendiri,
Angkara kejahatan syaitan bertopengkan manusia.

Hei, rakyat dunia!
Dimanakah kemanusiaan kamu?
Tidak adakah walau secebis kasihanmu untuk anak-anak Palestin?
Tidak adakah walau sedetik di hatimu mereka juga ada hak untuk HIDUP?
Mengapa kalian seolah-olah merelakan bumi suci kita diinjak?
Mengapa kalian seolah-olah mengiyakan segala tindak tanduk bangsa itu?
Mengapa kalian? Mengapa?

Hei, bangsa dunia!
Dimanakah kamu yang selama ini memperjuangkan keamanan sejagat?
Dimanakah janji-janjimu untuk meredakan konflik dan sengketa dunia?
Atau itu hanya sebahagian dari sandiwaramu, sekadar retorik semata?
Kononnya kamulah pendokong keamanan dunia,
Tapi kamu berpura-pura seperti serigala berbulu domba,
Rupanya kamulah musang berbulu ayam yang mencetus pergolakan.

Wahai saudaraku di Gaza,
Puisi ini hanya sebahagian dari apa yang terbuku dalam kamus kebenaran,
Masih banyak penderitaanmu yang disimpan kemas dalam kotak penipuan,
Bersabarlah wahai saudaraku,
Semuanya akan terpapar di dada dunia bila tiba saatnya,
Semoga ketemu lagi wahai pejuang Gaza.

#sajakDAQ2011
***
selain berdoa..

kita boleh bergerak dengan memboikot barangan yahudi laknatullah.
yup!boikot!ayuh!

tahu barangan apa yang kita nak boikot?
ni ana kepilkan seperti dibawah.





jom boikot..



ingat!boikot adalah peperangan.
biar kita berperang dengan nafsu,kemenangan buat islam.
berjihad lah..!ini cuma jihad kecil dari kita untuk dipersembahkan.

jika sebelum ini juga kita boikot,Alhamdulillah...teruskan!tafadhol!
ingat,boikot bukan juga bermusim.
istiqamah lah..


memang agak sukar bilamana kita berhadapan dengan keluarga dan saudara mara kita yang tidak memahami tentangnya,maka..ambil lah masa untuk menerangkan kepada mereka.biar sama-sama memahami.biar sama-sama memboikot.kan manis?

ana sendiri punya pengalaman dalam memboikot ni.
ana dulu memang makan juga lah KFC ni.tapi...setelah ana tahu KFC juga menyumbang kepada isreal laknatullah.tak kira lah dia sumbang sikit ka banyak.tetap menyumbang kan?
jadi,itu menjadi titik tolak kepada ana untuk memboikot.
sememangnya bukan senang.serius!
almaklumlah..dari kecik lagi memang dah biasa makan KFC.
bila birthday ja..sikit2 KFC..Reunion juga..sikit2 KFC.
sudah-sudahlah tu.. =(

ini cerita ana dengan sahabat se"geng"..
semasa keluar sekali dengan sahabat-sahabat..ana dengan slumber bagi tahu,tak nak makan di kedai "pak cik ayam" aka KFC.
Alhamdulillah..mereka memahami,jadi kami makan di kedai lain.
mudah kan? ^^

bak kata Hlovate : saya tak makan "pak cik ayam(KFC)" dan "pak cik burger(MCD)"..


ini cerita ana dengan family..
sewaktu abah memandu kereta ternampak sign board KFC..
"eh..jom makan KFC nak?"
"alah...jom la makan kat tempat lain,KFC tu kan sumbang duit kepada israel."
"tak sanggup nak makan..sedangkan kita tahu duit kita itu disalurkan untuk mereka buat beli peluru nak bunuh umat islam di Palestine."

='(


Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari..
pada hari yang lain.
ana seorang dirumah,tak suka keluar,jadi abah,mak dan adik bawa balik makanan nak makan sekali.
abah beli KFC.huhu..sayu bila teringat balik.sedih!
semua orang makan KFC,tapi ana tetap bertegas tak nak sentuh sikit pun KFC.
itu azam ana.
adik ana ada juga semawa minum air,tetapi ana tetap bertegas juga tak nak.
pastu...apa lagi,mengalir la air mata ni,dalam kepala dah terbayang dah jet israel dengan pelurunya menghujani rakyat Palestine dengan kejam dan rakusnya tanpa belas kasihan.
itu azam ana!
dan..InsyaAllah,akan ana teruskan perjuangan kecil yang tak seberapa ini.
Moga Allah terima.

tak kan tergugat dengan potato wedges tu!
hemm..tak kan!!
*telan air liur jugaklah tengok iklan kat tv,huhu..*


mana ada perjuangan sekerat jalan kan?
di UniMAP,ni pun ana tetap ana.
berjuang tetap berjuang lah!
haha...memboikot maksud ana.

di Perlis mana ada Mcd segala..haha..
lagipun ana memang tak suka Mcd.
KFC tu jangan tanya lah..memang ada.
owh ya..apa kata kita tukar menu kita daripada pegi KFC,lebih afdhol pergi RFC.
RFC,Radix fried chicken.sedap gak lah! ^^

ini cerita lagi,dengan sahabat satu kos.
masa tu kami ada hal,jadi kena pegi kangar lah..
dah selesai urusan,semua pakat nak pegi makan di KFC.ana jadi serba salah.
tapi ana tetap bersuara,ana cakap kat depa yang ana tak makan KFC.ha..tu dia..keluaq dah bahasa utagha tu..
Alhamdulillah..mereka faham.
tiba-tiba,ada sorang ni tanya:"boleh tak masuk KFC?"
rasa kelakar sikit dengan persoalan tu,tapi ana jawab juga:"err...rasa bersalah juga la."
kawan tu pun angguk-angguk.
masuk ja kedai "Pak cik ayam",ana terus ambil tempat nak duduk.yang lain semua dah serbu kaunter.Almaklumlah...lapaq kot masa tu.
bosan..ana bawa keluaq phone main game angry bird.haha..*childish* ^^

tetiba...salah sorang dari kawan ana datang(patah balik dari kaunter),dia ajak pegi beli nasi kandaq..
owh..terharu kot masa tu.
kami pun keluaq la dari kedai "pak cik ayam" menuju ke kedai "pak cik mamak" pulak dah..
dengan membawa perut yang lapaq..
dah selesai membeli(tapau),kami pun patah balik menuju kedai "pak cik ayam"..
dengan harapan nak makan sekali dengan kawan-kawan yang lain.
meskipun sebenarnya dalam hati,dah risau sangat dan terasa cuak takut kena halau dengan akak KFC.
kaki tetap melangkah masuk jugak,terus menuju tingkat atas kedai "pak cik ayam" sebab kengkawan ada di tingkat atas.

letak bungkusan daripada kedai "pak cik mamak" atas meja..
buat muka cuak kejap..sebab tak nampak pekerja KFC,nak minta izin tumpang makan di situ.
last sekali...
"encik..encik..er....nak tumpang makan makanan luar kat sini boleh?"
skema kan ana?haha..
encik tu dengan muka blur...dan setelah itu dia bersuara:
"hem..boleh"

Alhamdulillah..
rasa seperti berjihad pula.haha..padahal bukannya apa pun.


pas tu...tunggu apa lagi..buka lah bungkusan tu..
dan...kengkawan yang makan KFC tu kata"hem....bau kari.."
haha...malu la ana.


***


sumber di bawah dari fb:

Update Tengah Malam: Rejim Israel terus menyerang gaza, Kecederaan hampir mencecah 100 orang dan kematian sudah mencecah 16 orang termasuk kanak-kanak Baby Hanin 10 bulan dan Waleed AlAbdlah 2.5 thn. Teruskan menyumbang.

Buat para mahasiswa/siswi atau badan kebajikan dakwah kampus atau komuniti masyarakat setempat yang prihatin. Cubalah untuk kutip dana semampunya.

Saya yakin dengan Aqsa Syarif. Di kala kita tidur, mereka masih berjaga memikirkan tentang saudara kita disana. Tatkala kita menyambut perayaan bersama keluarga, ada aktivis yang dihantar ke sana. Saya ikuti perkembangan mereka dalam diam.

Hulurkanlah setakat
yang mampu walaupun hanya RM1.



***




Tuesday, October 30, 2012

cinta

CINTA apa itu cinta? sejauh mana aku tahu apa itu cinta, atau cinta itu sekadar perkataan yang dilafazkan, aku cinta kau,kau cinta aku...... munkin aku tidak tahu apa itu cinta, tidak tahu erti cinta, tapi kerana cinta, kerana sayang title cinta, kerana dia yang bergelar cinta, aku lupakan perasaanku dan sentiasa lupakan perasaan itu, perasaan yang dah lama terbuku di setiap pelusuk batinku....... Demi menjaga cinta, demi memelihara cinta, demi dia yang tidak mahu tiada lagi cinta, kerana bila dah bercinta, sayang akan cinta, kelahi tetap cinta, marah tetap cinta, itu ini tetap cinta, segalanya tetap cinta.... bila da tukar status cinta, munkin tiada lagi cinta, itu yang dia runsingkan.... antara aku,dia,cinta dan perasaan.. aku pilih aku, dia dan cinta... perasaan aku lemparkan berjauhan... kerana takut jika sayangkan perasaan.. aku hilang aku, dia dan cinta..

Monday, October 22, 2012

Ber-single lebih baik...:D



ASSALAMUALAIKUM Aucakkk! haa.
selamat pagi korang wei. Serious dah lama tak update blog. Penat kot aku pkir nak update ape. Tapi, idea mcam tak masuk je dalam otak. Rasa sangat awkward bila mood nak update blog tu ada.

tapi, TOPIK nak update blog tu yang takde. Faham? maaf. Saya tahu ayat saya sangat kelly. tapi, bukan kelly clarkson okeh! kihkih. Stelah brainstrom yang tak seberapa, terdetiklah dekat hati ni nak update pasal relationship ni. Aku mengaku aku memang tak bagus langsung part² relationship ni. So, that's why laaa bagi aku single itu lebih baik.

***

Sebelum aku mulakan point²/hujah (macam berdebat) bagilaa aku buat muqadimah dulu. haha.. Okay, dalam islam ada berapa status? kalau dikira secara kasar ada 3 je kan? single, married, divorced. So, dkat sini je dah menunjukkan yang manusia ni dah create satu 'ikatan sendiri' yang tak sah. then, tetiba boleh pulak cakap "ehhh, ni makwe aku kot.. dia MILIK aku. takde siapa boleh rampas". Couple tu ikatan SAH ke bro? ko nak couple jumpa tok kadi eh? ke jumpa tok imam? pakai saksi tak? pastu boleh pulak dok mengaku yang girlpren dia tu hak dia. Eh, ko tau tak ada yg lebih berkuasa? kalau dia nak amik nyawa yg knonnya 'milik' kau tu.. skejap je beb!. So, jangan nak bangga dgn status 'COUPLE' yang sbenarnya takde bawa maksud pape pun. cuma manusia ni je pandai create kasi menda tu nampak macam "Hamagaddd! gila gempak sial org tu ada couple! jeles kot!". Padahal pada mata aku.. "ehhh, tlonglaa. kahwin tak lagi dah mcm kalah org yg dah kahwin -.-" Kenapa single lebih baik dari couple...??

***



BEBAS dan TIADA KONGKONGAN Bila korang single, korang takde pun pelik² nak kisah pasal hal girlpren boipren semua tuh. So, setiap masa korang FREE. tak payah nak spend kan masa untuk bergayut, untuk msg anytime, anywhere and kdg² tu macam dah putus idea nak msg ape but still because konon² COUPLE kann, kena la msg 24 jam untuk menunjukkan caring nya dia terhadap pasangan . puiii!. Takda maknanya. Alangkah indahnya kalau masa yg korang dah habiskan untuk pasangan korang tu.. korang gunakan untuk perkara yg lebih berfaedah. kan bagus tuu.. takde la terasa membazir dia.

***

Then, tiada kongkongan. ok, ni memang betul. bila single, takde sape pun nak jeles dgn kita. Just, suka hati laa nak keluar dengan siapa, cakap dgn siapa, msg dgn siapa. sape kisah? takde siapa kisah okay!. So, takde la macam terikat sangat. bila nak buat something je teringat awek, teringat pakwe. aduhhh... ntah ape tah. lagi-lagi yang kuat cemburu buta.. lagi sakit laaa hubungan tu.. SAYA SUKA KEADAAN SEKARANG Nothing should change. Aku suka keadaan aku sekarang. Aku tak perlukan sesiapa buat ketika ini melainkan keluarga, sahabat dan rakan². Tahu tak? ingat senang ke org nak fahami kita? ingat senang? Aku tak pernah pikir orang boleh faham macamane aku yang sbenar. Sebab mereka mmg tidak pernah faham. Tapi, kalau diorang dah kenal aku bertahun2, maybe diorang dah kenal 2/4 daripada aku.. dan yang baru beberapa bulan kenal aku?? kira lah sendiri brapa percent korang kenal aku. i just unreadable. aku susah nak deal dengan certain² org. kadang2 suka² je org label aku sombong laaa.. bla bla bla.

tapi, aku buat macam tu pun sbb aku rasa tak selesa. faham? i have my own reason why i treat some of them very nice but not you.. the answer is just ask yourself and find out what the reason is.

So, untuk disimpulkan, Aku tak payah bagi banyak² point. sebab 2 point yang aku bagi dah cukup buat korang berfikir mana satu lagi baik. TAK. aku buat entry ni pun seriously takda niat pun nak kondem hang hang yang couple dkat luar tu. tapi, aku just tulis pasal aku. knp aku lebih prefer utk stay single rather than being in a relationship. jangan sentap dulu okay? baca sampai habis. kemudian baru boleh nilai. Kesibukan yang aku lalui sekarang dah semakin melupakan aku pasal semua semua ni.. Handphone yang dikatakan penting, namun aku tak pernah merasa kepentingannya dalam hidup aku. serious tak pernah rasa.

tapi, aku sangat merasai kepentingan INTERNET dan LAPTOP dalam hidup aku.. Tiada siapa yang boleh memisahkan kami.. Dah laaa. selesai carutan yang tidak bernas daripada aku. yang baik jadikan tauladan. yang buruk jadikan sempadan okayh? thanks a lot (:


"Cintakan MANUSIA mati. Cintakan ALLAH kekal abadi" (:

Sunday, May 27, 2012

mY spEciAl fWenS at UKM

Ada sebuah keajaiban yang di sebut “ PERSAHABATAN “ Yang tinggal didalam hati ...Dan KAMU tidak tahu bagaimana itu terjadi. Atau saat ia pun mulai Tetapi kebahagiaan itu membawaMU Selalu membangkitkan semangat yang istimewa Dan KAMU menyadari bahwa persahabatan Adalah hadiah Tuhan yang paling berharga. Bacth Duta 2nd year....aku rindu time niyh... bila kita n boleh bersama2 mcm dulu lg... rapat mcm adk beradik.. kita kan family... family sayang adk beradik dye kan... kta lpakan msalah kita... kita jalankan kehidupan mcm family2 kita dulu... ingat tak arwah mcm abg kita n dye mesti sedih tgok kita mcm ni... aku sayang family ini...

Sunday, May 20, 2012

bisnes vs makan gaji

ramai student tahu grade belum tentu dapat kerja.... dan da terbukti ramai penganggur kt luar sana...

klu dpt gaji sekita rm1500-rm2500.. cukup ker..???
boleh ker stu keluarga survive in Malaysia.. cuba tengok niyh..

bil air + elektrik (no.air- con,no home theatre) = rm 100
topup = rm 100
makan tuk 3 org = rm 800
7 year car repayment = rm 600
petrol n tol = rm 350
low cost housing repayment 30 year = rm 700
duit saku ank n tusyen = rm 200
ohh wait i have to stop here....
already totaled.... =RM 2850 no mcd, no wayang, no astro, no shoppping...
nak bagi mak n ayah 50 ringgit pun menggigil..

mana janji2 dulu nk bantu family.. and much more.. EPF xpotong lg.. klu pnjm PTPTN..xpotong lagi.. how to survive lah.....

***
our deputy PM ask us to change lifestyle..?? but how to change?? so...do your own bisnes... tkut risiko,xde modal,bz,xde pengalaman...

org berjaya sntiasa nmpak peluang n mencari jln... 9/10 rezeki dr perniagaan....bkn sy ckp rasulullah yg ckp.... jgn biarkan org len yg tentukan berapa nilai diri kita...(makan gaji) biar kita yg tentukan berapa harga diri kta...(untung bisnes) sekadar perkongsian...

Pemburu Impian

"Orang berjaya sentiasa memenangi pertarungan dengan diri mereka sendiri setiap hari" kata2 dari ini sering disebut oleh mentor saya Tn Haji Imran Abdul Hadi.... siapa kita dulu tak penting yg penting siapa kita pada masa kan datang....