Wednesday, April 3, 2013

3 April 2013 : Tubuh & Bubar



kebetulan tarikh aku daftar syarikat = tarikh parlimen dibubarkan.. :)

***



untuk mendaftar syarikatlah..:)




Apa yang perlu anda buat & Bawa

- Salinan Kad Pengenalan. 1 salinan untuk 1 borang pendaftaran.
Kalau copy IC belom ada, baik pergi fotostat dulu sebelum mengambil borang.
Kalau di KPDNKK tu, pergi ke Menara Usahawan seberang jalan je, kat situ ada kedai & ada fotostat.
- Pastikan ada Wang/cash yg secukupnya. Kalau tak cukup cepat cepat lah pergi lukis withdraw.
-Kaunter pertanyaan, cakap nak register company then akak yg cantik cantik belaka tu akan bagi nombor giliran dan anda perlu isikan nama, ic no dan masa anda tiba.
-Beberapa saat kemudian, No Giliran anda dipanggil untuk ke kaunter No 2.
-Kalau ada belum ada borang, akak kaunter NO 2 tu akan bagi borang untuk diisi.
-Anda isilah apa yang patut. Macam sy, saya dah isi form petang semalam di rumah.
-Lepas tu, submit form tadi di kaunter.
-Selepas diteliti dan nama pendaftaran syarikat di cari dalam sistem samada sudah ada ke belum.
-Jika nama pendaftaran syarikat anda sudah tidak available lagi, maka anda perlu untuk mereka lagi nama lain sampai lah ada.
-Urusan pendaftaran dimulakan. Dibuat oleh akak-akak kat kaunter( kalau yg kena encik-encik masa tu ok je kot)
-Buat pembayaran. RM70.00 untuk tempoh setahun untuk satu syarikat.
-Dapat resit. Tunggu sehingga anda dipanggil.
-Terpulang kepada berapa ramai pelanggan pada hari tuh. Kalau ramai org, dalam sejam baru siap.
-Kalau lengang mcm aku pergi hari tu, sekejap je setel jika tiada gangguan lain.
-Maka dengan rasminya saya dah ada

COMPANY BUM DOOR GIFT.



Ilham daripada rakan2 seperjuangan Usop dan Raja muda...:)

hope dpt membantu anda walaupun tak seberapa..:)

sekian..mohon doa dari korang untuk kejayaan kami..amin..:)