Monday, October 17, 2011

kisaH bUdak yOyo di IPTA



Pastinya minggu pertama buka nya kelas di IPTA membuatkan ramai manusia di alam blog ini akan menulis sesuatu mengenai minggu prtama mereka. Tuntas aku di sini tak pula mahu melepaskan peluang untuk menulis sedikit sebanyak tentang minggu pertama aku kembali sebagai pelajar setelah 4 bulan merehatkan minda dari segala jenis ilmu formal.

Aku? Aku ialah seorang insan yang tak berapa nak tua sangat dalam alam pelajaran di universiti. Umur masih 20 tahun. Semester ini ialah semester ke 3 aku di UKM. Banyak perubahan telah aku lihat. Perubahan paling ketara akan aku bincangkan sebentar lagi. Masih ada 4 semester aku di sini. 8 semester. 3 tahun ialah satu jangka masa yang agak lama bagi aku untuk kenal UKM.

Oh ya, tak lupa juga dalam 6 semester ini aku telah tertambat hati kepada dua orang wanita. Itu kisah lama. Kini seorang dari dua orang tu sudah menjadi salah seorang course-mate aku yang agak berjaya. Seorang lagi? Tuhan jauhkan kami dengan bersebab yang aku tak pasti. Kini dia telah couple ngn org len..

Semalam petang, yakni, selasa petang, selepas siap solat asar, aku dan 4 orang rakan lagi telah bertolak ke UUM. Jangan tanya untuk apa dan kenapa. Aku tak mahu bincang mengenai UUM di sini walaupun ianya satu malam yang sangat sakit. Kami bertolak pulang dalam jam 1 pagi dan tiba di rumah kawan aku di kuala nerang jam 8 pagi.(tutup cerita)

(di UKM)
Aku matikan enjin motor aku di belakang cafe (sebuah cafe yang terkenal di BURHAN)huhu,burhan ad stu cafe jew.... Aku lihat mata di cermin sisi motosikal aku..dak2 jaksa kolej sedang siApkan perhiasan tuk majlis perayaan 1 malaysia nt.... Jadi aku pergi tlong mreke kemudian laticia invite aku tuk buat shOw yoyo pada majlis itu..dan aku bersetuju..

esoknya pula aku dan kawan2 mengharap keajaiban pensyarah tidak masuk, lalu aku boleh ke surau untuk tidur. Bijak bukan plan aku? Tersusun kemas.heheh....

Kelas pertama boleh tahan segarnya. Aku pilih tempat paling belakang... Mana tak segarnya? Pensyarah tu hanya bagi briefing mudah mengenai course outline. Boleh tahan juga subjek ni rupanya. Kelas habis awal sejam tiga puluh minit. Aku sudah terbayang-bayang surau dan tak pergi ke kelas.

"Jom cafe?" ajakan seorang rakan buatkan aku berat hati untuk menolak walaupun mata sudah tidak menahan lagi minta untuk di tutup. Aku terima ajakan itu. Tiba di cafe aku mencawankan air kopi ais. Kononnya boleh menahan daripada segala gejalan sosial mengantuk.

Mata aku tiba-tiba melilau ke arah seorang manusia. Hah! Dia datang dengan senyuman sambil bergurau dengan rakan-rakannya masuk ke kafe. Bibir aku tiba-tiba seperti dikenakan laughing gas. Automatik menarik ke atas. Senyum. Untuk lebih tepat, senyum gatal. Perempuan tadi seperti perasan. Aku cepat-cepat pandang ke arah gelas tadi. Sedut-sedut air dengan pantas. Aku naikkan kepala sedikit demi sedikit untuk melihat perempuan tadi.

"Ahh sudah!" aku tiba-tiba berkata tanpa gerak balas minda. Siku aku cucuk-cucuk kawan aku di sebelah. "Tu, tu, tu. Kau tengok tu."

Seorang gadis dengan berkurung cotton, bertudung litup kemas, membawa sebuah buku masuk ke dalam kafe dan menuju tempat ke arah meja kosong dua meja di hadapan meja kami. Ayu. Comel. Aku sudah tak tentu arah dengan kehadiran seorang lagi gadis comel. Sudah tak tentu arah untuk membuat pilihan. Lalu aku melayangkan mata aku ke sana ke mari.

"Selama ni aku tak perasan ke atau syarat masuk UKM sekarang sekurang-kurangnya sedap mata aku jew memandang?" hati aku bermonolog dalaman. "Segar aku dengan kehadiran mereka semua! Terima kasih! Terima kasih!

Kelas kedua bermula. Kelas international bussines. Atau dengan lebih spesifiknya perniagaan antarabangsa.30 minit yang awal, aku mampu beri interaksi yang cemerlang di dalam kelas. Masuk sahaja 30 minit terakhir, aku sudah terawang ke dunia Penulis.Sahaja The Maryland!

"Ada rumah terbuka UKM. Jom?" seorang rakan mengajak. Aku baru sahaja mengimpikan bantal di atas katil di burhan. "Okay jugak."

Aku hidupkan motor dan terus ke Pusat Sukan di mana aktiviti rumah terbuka itu di adakan. Lalu sahaja di foyer burhan(tmpt untuk dak n gadis-gadis on9), senyuman gatal itu kembali melekat di muka. Aku elak-elak gadis yang lalu di hadapan. Ada sekali aku berhenti semata-mata mahu beri laluan kepada gadis-gadis untuk melintas. Mulia bukan?

Sampai sahaja di Pusat Sukan, aku buka helmet dengan senyuman yang paling gatal dalam sejarah hidup aku. Sana sini gadis. Dalam perjalanan ke padang pusat sukan itu, aku tak habis-habis senyum. Dan cover macho semestinya.

"Weh makanan dah habis doh. Tinggal sikit-sikit jew"kta kwn aku..

"Aku dah kenyang." aku jawab dengan masih tersengih.

"Aik? Kau makan apa?"

"Mata aku dah kenyang! Jom balik!" jawab aku seperti meminta penendang di jubor terus ke parit tepi padang pusat sukan itu.

//jangan biarkan diri anda mengantuk tanpa tidur yang cukup. Atau anda sendiri tidak akan kenal diri anda sendiri. Walaubagaimanapun, aku bersyukur mereka semua ini masuk UKM. Kehkehkeh.

No comments:

Post a Comment